‘Jasad arwah tidak hangus terbakar, hanya pakaian sahaja yang terbakar.’
Demikianlah perkongsian keluarga Allahyarham Idris Abdol Talib @ Ramali, 41, salah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) di Elmina Central Park, Seksyen U16, Shah Alam, Khamis lalu.
Perkara tersebut dimaklumkan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff ketika melawat ke kediaman keluarga Allahyarham di Taman Ketari, Bentong Pahang.
Menerusi posting di Instagramnya, beliau dimaklumkan bahawa hanya pakaian Allahyarham yang juga seorang Hafiz al-Quran sahaja yang terbakar manakala jasadnya dalam keadaan baik.
“Al-Fatihah. Baru sahaja selesai menziarahi keluarga beliau di Taman Ketari, Bentong Pahang. Terharu dapat makluman dari keluarga arwah bahawa jasad arwah tidak hangus terbakar, hanya pakaian saja yang terbakar.
“Allahuakbar. Almarhum Ustaz Idris adalah merupakan seorang Hafiz al-Quran. Semoga semua roh para arwah bersama para solihin dan ditempatkan di syurga yang tertinggi,” tulisnya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak masing-masing berusia 54 hari, 10 tahun serta 14 tahun.
Allahyarham Idris adalah pegawai Kerajaan Negeri Pahang yang berkhidmat di Pejabat Agama Islam Daerah Raub sebagai pegawai penguat kuasa.
Namun Allahyarham bercuti tanpa gaji awal tahun ini selepas berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun.
Jenazah Idris dibawa dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) ke Masjid Tengku Sulaiman Ketari, Bentong semalam untuk memberi peluang kepada ahli keluarga dan orang ramai memberikan penghormatan terakhir.
Solat jenazah kali kedua turut dilakukan sebelum bergerak ke Tanah Perkuburan Barak Benus.
Sebelum itu, sekitar pukul 9 pagi, solat jenazah pertama dilakukan di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang.
Ahli keluarganya turut menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam bantuan tragedi tersebut.
Sebelum ini, SinarPlus melaporkan pesawat jenis jet peribadi Beechcraft Model 390 (Premier 1) berlepas dari Langkawi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang jam 2.40 petang.
Namun pesawat berkenaan dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan untuk mendarat. Semasa terhempas pesawat berkenaan telah merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal.
Antara mangsa terkorban ialah Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun.
Selain beliau, mangsa lain yang dikenal pasti, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, Sharipuddin Shaari, Khairil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki, dan Idris Abdol Talib @Ramali. Dua kru kapal yang juga juruterbang pula dikenal pasti sebagai Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim.
Sumber Sinar Plus
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.